PROGRAM KOMUNITI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU
(IPG) BERSAMA PUSAT JAGAAN CAHAYA KASIH SAYANG NUR MUHAMMAD KENINGAU (PJCKSNM)
Tarikh : 1 Mac 2014
Masa : 8.00 pg – 3.30 ptg
Tempat : Laman GISB Holding, Kg Pasir Putih Keningau Sabah
Seramai 27 guru pelatih IPG terdiri dari 7 lelaki dan 20
permpuan telah berkesempatan menjalankan program bersama masyarakat luar kampus
pada hari ini. Mereka tiba di Laman GISB Holdings pada jam 7.30 pagi. Ketibaan
mereka disambut oleh anak-anak dan guru-guru PJCKSNM.
Taklimat berkenaan PJCKSNM telah disampaikan oleh En Mohd
Kami, sebagai wakil GISB Holdings yang merupakan penyumbang utama kepada
keperluan PJCKSNM. Kemudian para guru pelatih meneruskan program gotong royang
dengan menanam pokok kayu manis dan bunga-bunga untuk menceriakan lagi kawasan
persekitaran. Kerja gotong royong di pimpin oleh En Sanin dan dibantu oleh
beberapa staf GISB Holdings. Selepas jamuan ringan, program diteruskan dengan
acara sukaneka dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
Di waktu yang sama, beberapa orang guru pelatih berkhidmat
di dapur. Mereka membawa bahan-bahan mentah dan mereka sendirilah yang
bergotong royong memasak dan menghidang untuk jamuan tengahari. Selepas solat
zohor berjemaah, program Latihan dalam kumpulan (LDK) dijalankan. Anak-anak
PJCKSNM dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu peringkat tadika, sekolah rendah tahap
1 dan sekolah rendah tahap 2. Tepat jam 2.30 ptg, LDK dihentikan untuk memberi
laluan kepada majlis penutup.
Majlis penutup dimulai dengan ucapan ringkas dari wakil
PJCKSNM sekaligus memberikan motivasi kepada semua guru pelatih yang bakal
mencorak anak-anak di masa depan. Di
antara isi motivasi ialah menerangkan Maha Baiknya Allah dan kita semua sangat
perlukanNya. Mereka juga diingatkan pentingnya progam bina insan yang
menggabungkan pembinaan rohani (hati), aqal dan fizikal.
Anak-anak PJCKSNM pula telah mendendangkan 2 buah nasyid dan
ramai yang tersentuh dan menitiskan airmata. Kemudian guru-guru pelatih pula
menyampaikan 3 buah nasyid diikuti ucapan terimakasih dan penghargaan dari
pensyarah mereka, Puan Dr Kamaladevi. Beliau sangat berterimakasih kerana
mengizinkan anak-anak PJCKSNM bersama dalam program ini dan berbangga kerana
ini merupakan kumpulan pertama yang membuat program ini di PJCKSNM.
Majlis penyampaian hadiah diadakan bagi para pemenang.
PJCKSNM telah menerima sumbangan berbentuk makanan basah, pokok-pokok bunga dan
sejumlah wang. Diharap ini bukanlah kumpulan pertama dan terakhir dari IPG
untuk mengadakan program komuniti ini. Semoga terjalin hubungan seterusnya dari
masa ke semasa.
Sekian.