Saturday, 1 March 2014

PROGRAM KOMUNITI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU (IPG) BERSAMA PUSAT JAGAAN CAHAYA KASIH SAYANG NUR MUHAMMAD KENINGAU (PJCKSNM)





PROGRAM KOMUNITI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU (IPG) BERSAMA PUSAT JAGAAN CAHAYA KASIH SAYANG NUR MUHAMMAD KENINGAU (PJCKSNM)

Tarikh : 1 Mac 2014
Masa : 8.00 pg – 3.30 ptg
Tempat : Laman GISB Holding, Kg Pasir Putih Keningau Sabah
Seramai 27 guru pelatih IPG terdiri dari 7 lelaki dan 20 permpuan telah berkesempatan menjalankan program bersama masyarakat luar kampus pada hari ini. Mereka tiba di Laman GISB Holdings pada jam 7.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh anak-anak dan guru-guru PJCKSNM.

Taklimat berkenaan PJCKSNM telah disampaikan oleh En Mohd Kami, sebagai wakil GISB Holdings yang merupakan penyumbang utama kepada keperluan PJCKSNM. Kemudian para guru pelatih meneruskan program gotong royang dengan menanam pokok kayu manis dan bunga-bunga untuk menceriakan lagi kawasan persekitaran. Kerja gotong royong di pimpin oleh En Sanin dan dibantu oleh beberapa staf GISB Holdings. Selepas jamuan ringan, program diteruskan dengan acara sukaneka dan berakhir pada jam 11.00 pagi.




Di waktu yang sama, beberapa orang guru pelatih berkhidmat di dapur. Mereka membawa bahan-bahan mentah dan mereka sendirilah yang bergotong royong memasak dan menghidang untuk jamuan tengahari. Selepas solat zohor berjemaah, program Latihan dalam kumpulan (LDK) dijalankan. Anak-anak PJCKSNM dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu peringkat tadika, sekolah rendah tahap 1 dan sekolah rendah tahap 2. Tepat jam 2.30 ptg, LDK dihentikan untuk memberi laluan kepada majlis penutup.

Majlis penutup dimulai dengan ucapan ringkas dari wakil PJCKSNM sekaligus memberikan motivasi kepada semua guru pelatih yang bakal mencorak anak-anak  di masa depan. Di antara isi motivasi ialah menerangkan Maha Baiknya Allah dan kita semua sangat perlukanNya. Mereka juga diingatkan pentingnya progam bina insan yang menggabungkan pembinaan rohani (hati), aqal dan fizikal.

Anak-anak PJCKSNM pula telah mendendangkan 2 buah nasyid dan ramai yang tersentuh dan menitiskan airmata. Kemudian guru-guru pelatih pula menyampaikan 3 buah nasyid diikuti ucapan terimakasih dan penghargaan dari pensyarah mereka, Puan Dr Kamaladevi. Beliau sangat berterimakasih kerana mengizinkan anak-anak PJCKSNM bersama dalam program ini dan berbangga kerana ini merupakan kumpulan pertama yang membuat program ini di PJCKSNM.

Majlis penyampaian hadiah diadakan bagi para pemenang. PJCKSNM telah menerima sumbangan berbentuk makanan basah, pokok-pokok bunga dan sejumlah wang. Diharap ini bukanlah kumpulan pertama dan terakhir dari IPG untuk mengadakan program komuniti ini. Semoga terjalin hubungan seterusnya dari masa ke semasa.
Sekian.

No comments:

Post a Comment